Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Tomato Style India"


Tips

Tidak letak kacang peas pun tidak mengapa.Saya hanya letak kacang peas dari tin.

Ingredients

Telur 5 biji
Kacang Peas 1 sudu besar
Kayu Manis 2 batang
Serbuk Kunyit 1/4 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Bawang Besar - Dicincang Halus 1 cawan
Buah Tomato - Dicincang 1/2 cawan
Serbuk Ketumbar 1 sudu besar
Serbuk Jintan Putih 1 sudu besar
Cili Kering Kisar 1/2 sudu besar
Halia & Bawang Putih Kisar (Campur) 1 sudu besar
Minyak Masak Secukupnya
Air Secukupnya

Instructions

1

Rebus telur sehingga masak. Buang kulit telur dan cuci telur. Kemudian panaskan minyak dan goreng telur rebus tadi.Sekejap sahaja.

2

Angkat telur, dan masukkan kayu manis,bawang besar, halia dan bawang putih kisar tadi. Kacau sebati.

3

Masukkan buah tomato, serbuk kunyit & cili kering kisar tadi.Masukkan juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih sekali.

4

Tumis sehingga naik minyak. Jika perlukan air,letak sedikit air.Masukkan telur,garam dan air,kacau sebati.

5

Akhir sekali taburkan kacang peas.Sebatikan dan apabila kari telah mendidih,tutup api dan sedia dihidang.