Back to Recipe Print

Recipe for "Bingka Suji Noxxa"


Tips

Jika mahu permukaan kuih lebih perang, boleh masukkan kuih ke dalam ketuhar pada suhu 190C selama 10-15 minit.

Ingredients

Tepung Suji 160 g
Tepung Gandum 30 g
Telur 3 biji
Gula Pasir 150 g
Santan Pekat 250 ml
Air 435 ml
Mentega 90 g
Bijan 2 cmb
Pewarna Kuning 1/2 cmt

Instructions

1

Campur semua bahan kecuali mentega dan bijan. Gaul rata menggunakan whisk.

2

Masak adunan secara double-boil sehingga adunan kembang & memekat.

3

Alih dari api, masukkan mentega & kacau rata.

4

Masukkan adunan dalam inner pot periuk Noxxa yang telah diglis dengan mentega.

5

Tabur bijan di atas adunan.

6

Hala tombol kepada steam & set steam selama 25 minit.

7

Setelah masa tamat, release steam & biarkan 10 minit lagi tanpa membuka tutup periuk untuk memastikan kuih masak rata.

8

Keluarkan inner pot & biar kuih benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan & dipotong.