Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Ayam"


Tips

Gantikan santan dengan susu jika anda tidak suka santan. Atau anda tidak perlu letakkan susu atau santan.

Ingredients

Minyak Masak 3 sudu besar
Bunga Lawang Sebiji
Bunga Cengkih 3 kuntum
Buah Pala 3 biji
Bawang Putih 5 ulas
Halia 1 cm
Bawang Besar 3 biji
Dada Ayam 7 ketul
Beras 2 cawan
Halba Segenggam
Santan 1 kotak kecil
Air 5 liter
Kentang 3 biji
Lobak Merah Sebatang
Saderi 3 batang
Garam 2 sudu makan
Serbuk Lada Hitam 2 sudu makan

Instructions

1

Bersihkan ayam. Basuh. Toskan air. Potong kecil/dadu. Ketepikan.

2

Potong / kisar bawang besar,bawang putih,halia hingga halus.

3

Basuh bunga lawang,bunga cengkih,buah pala & toskan air.

4

Basuh beras & toskan air. Basuh halba & toskan air.

5

Panaskan periuk, masukkan 3 sudu besar minyak. Masukkan semua bunga cengkih,bunga lawang, dan buah pala. Selepas itu masukkan bawang putih.

6

Selepas bawang putih sedikit kekuningan masukkan halia. Selepas naik bau masukkan bawang besar. Tumis sehingga bahan2 tersebut kekuningan.

7

Masukkan dada ayam yg telah di potong dadu tadi. Kacau sebati bersama bahan2 tumis tadi. Kemudian masukkan beras & juga halba yg telah dibasuh tadi.

8

Masukkan sekotak santan bersama 3 liter air. Jangan lupa utk masukkan kentang yg telah di basuh & di potong dadu. Ini utk membuatkan kentang empuk.

9

Pastikan api kecil. Selepas bahan2 yg dimasukkan tadi mendidih. Kacau bahan2 tersebut. Basuh lobak merah dan saderi. Potong dadu. Masuk dlm periuk.

10

Kacau bahan2 tersebut sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan serbuk lada hitam.
Pastikan api kecil.

11

Setelah 45 minit. In sha Allah. Bubur ayam anda sudah masak.