Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Ketam Masak Lemak"


Tips

Jaga api ketika gulai santan pekat mendidih kerana khuatit santan berketul ketul.

Ingredients

Ketam 1 kg
Serai 3 batang
Kunyit Hidup 1/2 inci
Daun Kunyit 2 helai
Asam Keping 2 keping
Santan Cair 1500ml
Santan Pekat 500ml
Garam Secukup rasa
Cili Api 15 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 3 ulas
Air 300ml

Instructions

1

Bersihkan ketam, buangkan duri2 kepit ketam dan kemudian setelah bersih masukkan ke dalam periuk bersama air dan serai yang telah dititik. Masakkan.

2

Tumbukkan cili api, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup. Kemudian, masukkan dalam periuk tadi. Masak hingga mendidih.

3

Masukkan santan cair dan kacau hingga mendidih. Masukkan asam keping, daun kunyit yang sudah dihiris dan garam secukupnya.

4

Setelah naik bau, masukkan santan pekat dan masakkan dengan api perlahan dan dikacau selalu hingga mendidih.

5

Jika gulai siap mendidih dan cukup rasa, boleh dihidangkan dan sedia untuk dimakan.