Back to Recipe Print

Recipe for "Cheesy Potatoes Wedges"


Tips

Gunakan Minyak yang penuh dan bersih untuk hasil yang cantik dan rebus lah kentang hingga lembut tapi tidak lembik.

Ingredients

Wedges
Ubi Kentang Secukupnya
Garam Secukupnya
Serbuk Pati Ayam Secukupnya
Tepung Gandum Secukupnya
Lada Hitam Secukupnya
Cheesy Dip
Butter 2 tbsp
Kiub Pati Ayam 1 ketul
Serbuk Cili 2 tbsp
Lada Sulah 2tsp
Susu Cair 2 cawan
Cheesedale 10 keping
Mozzarella Cheese - Diparut 1 cawan
Pewarna Kuning Secukupnya

Instructions

Wedges

1

Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal seakan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.

2

Rebuskan kentang di dalam air. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa,apapun jangan la banyak sangat.

3

Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang.

4

Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.

5

Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.

6

Kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam lagi pedas.Peringatan, tepung gandum jangan letak air.

7

Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

Cheesy dip

1

Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
Masukkan susu cair, kacau rata.
Masukkan kiub pati ayam, serbuk cili dan serbuk lada sulah.

2

Kacau perlahan-lahan, masukkan cheesedale dan keju parut mozarella.
Kacau selalu hingga cheese dan keju cair.

3

Masukkan sedikit pewarna kuning, kacau rata.
Jangan sampai mendidih. Angkat.
Tuangkan diatas kentang wedges.

4

Boleh simpan dalam bekas plastik, jika beku bila dah simpan boleh panaskan semula.