Back to Recipe Print

Recipe for "Rainbow Cake Aka Kek Pelangi"


Tips

Guna loyang 8"

Kek ini hanya menggunakan putih telur sahaja.. baki kuning telur td boleh digunakan utk membuat puding.

Mentega, telur & susu hendaklah berada pada suhu bilik.

Ingredients

Bahan-Bahan Kek
Tepung Gandum 3 cawan
Baking Powder 4 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Mentega 250 gram
Gula Kastor 1 1/2 cawan
Putih Telur 5 biji
Esen Vanilla 2 sudu kecil
Susu Segar 1 1/2 cawan
Pewarna Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru & Ungu Secukupnya
Cream Cheese Frosting
Cream Cheese 500 gram
Mentega 250 gram
Icing Sugar 200 gram

Instructions

Untuk membuat adunan kek

1

Ayak tepung, baking powder & garam. Ketepikan.

2

Pukul mentega & gula hingga kembang.

3

Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & pukul lagi hingga sebati & gebu. Masukkan juga esen vanilla.

4

Kemudian masukkan tepung berselang seli dgn susu. Mula dgn tepung & akhiri juga dgn tepung.

5

Bila dah siap dikacau sebati.. bahagi sama rata adunan dlm 6 mangkuk kecil & tambahkan pewarna.

6

Anggaran bagi setiap mangkuk kecil adalah 320 gram.

7

Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris & dialas dgn baking paper.

8

Bakar setiap loyang dgn suhu 170°C selama 15 minit.

9

Sejukkan setiap lapisan kek dia atas redai sebelum disapu dgn cream cheese frosting.

Untuk membuat creamcheese frosting

1

Putar cream cheese & butter hingga gebu.

2

Kemudian tambahkan icing sugar sedikit demi sedikit & putar hingga adunan licin & sebati.

3

Adunan telah siap & boleh digunakan utk melapisi & menyalut kek.