Back to Recipe Print

Recipe for "Kacang Bersalut Rangup"


Tips

Masak garing baru sedap

Ingredients

Kacang Tanah 1000 gram
Bawang Putih 1 labu
Gula 1 dan setengah cawan
Garam 2 sudu teh
Bicarbonate Sedikit sahaja
Cili Boh Ikut citarasa sendiri
Telur 1 biji
Tepung Beras 2 sudu
Tepung Gandum 2 sudu

Instructions

1

Telur, gula, bawang putih, garam, cili boh dan bicarbonate dikisar sehingga gula hancur.

2

Setelah sebati, tuang bahan-bahan yang telah dikisar itu ke dalam besen.

3

Masukkan dua sudu makan tepung beras dan kacau.

4

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi likat dan tidak terlalu keras.

5

Kemudian, gaulkan kacang ke dalamnya dan kacau sehingga semua kacang melekat pada tepung dan bahan-bahan yang dicampur dalam besen itu.

6

Panaskan kuali dan minyak mestilah betul-betul panas barulah masukkan kacang.

7

Gunakan sudip untuk ceraikan kacang supaya kacang yang digoreng tidak berketul-ketul besar kerana nanti tidak akan garing.

8

Setelah kacang sudah masak, toskan.

9

Sejukkan dahulu dan setelah itu barulah boleh dinikmati bersama yang tersayang.