Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Tortilla"


Tips

1. Jika mahu disimpan, cuma perlu letak di atas pan yg panas kurang daripada 1 min untuk kedua-dua belah lalu di simpan dalam bekas kedap udara. Panaskan apabila hendak dimakan & masak seperti biasa.

2. Roti boleh bertahan sehingga hampir 5 hari jika cara penyimpanannya betul.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan tepung
Baking Powder 3/4 camca teh
Garam 1/2 camca teh
Minyak Masak 3 camca besar
Air Mendidih 3/4 cawan

Instructions

1

Satukan tepung, baking powder, garam & gaul rata.

2

Tambah minyak ke dalam campuran tadi & gaul guna jari hingga tepung jadi bergentil-gentil.

3

Kemudian tuang air panas ke dalam adunan & kacau guna garfu.

4

Apabila kepanasan dah berkurang, boleh lah uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi doh yg lembut & licin.

5

Biarkan doh dalam bekas yg ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.

6

Selepas direhatkan, bentukkan doh menjadi bebola kecik & lenyet seperti capati.

7

Panaskan pan, & masak roti tanpa minyak selama 1 minit setiap permukaan.

8

Roti akan gelembung, menandakan ianya sudah masak & boleh diterbalikkan.