Biskut Oreo | Secukupnya |
Coklat Masakan | Secukupnya |
Loyang Muffin - Size Oreo | Secukupnya |
Coklat diracik halus. Cairkan coklat ecara double boiler. Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag. Pastikan acuan ini di bersihkan dan juga ianya kering. Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja.
Kemudia ketuk-ketukkan acuan atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar
Selepas itu, susunkan biskut oreo.
Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar sedikit. Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.
Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.
Simpan dalam peti ais hingga mengeras. Setelah keras keluarkan dari acuan. Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya.