Tepung Gandum | 500 gram |
Air Suam | 210 ml |
Susu Tepung | 3 sudu besar |
Gula | 3 sudu besar |
Mauripan / Instant Yis | 11 gram / 1 paket |
Kentang Lenyek | 1 biji |
Mentega | 2 sudu besar |
Garam | 1 sudu teh |
Air Sejuk (Peti Ais) | Sedikit |
Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan sehingga hancur. Jadikan mashed potato.
Satukan air suam, susu tepung dan gula. Gaul rata sehingga sebati kemudian baru masukkan mauripan. Biarkan sehingga berbuih iaitu selama 5 minit.
Di dalam bekas lain, masukkan tepung, marjerin, garam dan kentang lenyek. Gaul rata.
Selepas itu, masukkan bancuhan mauripan tadi ke dalam tepung. Uli sehingga menjadi doh.
Jika doh melekat di tangan, masukkan air sejuk sehingga doh menjadi lembut.
Selepas itu, ambil ketul-ketul kecil dan uli bulat-bulat menjadi bentuk donut.
Biarkan adunan donut tadi kembang selama 5 - 10 minit sebelum digoreng.
Pastikan minyak banyak dan cukup untuk tenggelamkan donut. Pastikan minyak cukup panas sebelum goreng, jika tidak donut tersebut akan serap minyak