Back to Recipe Print

Recipe for "Butter Prawn Lambaian Kasih"


Tips

Semasa membuat floss, Pastikan Minyak panas tapi api Harus kecil supaya tak hangit

Ingredients

Udang
Udang Secukupnya
Lada Sulah Secukupnya
Garam Secukupnya
Tepung Jagung Secukupnya
Floss
Telur Kuning 4 biji
Pati Ayam 1 tsp
Daun Kari 3 tangkai
Garam Dan Gula Secubit
Bahan Tumis
Daun Kari 3 tangkai
Bawang Merah - Dihiris 3 ulas
Bawang Putih - Dihiris 2 ulas
Cili Padi - Dihirs 4 tangkai
Susu Cair 1/2 cawan
Gula Dan Garam Secukupnya
Butter 1 tbsp

Instructions

1

Gaulkan semua bahan ini bersama udang. Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.

2

Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan.

Floss

1

Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter.

2

Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.

3

Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau. Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.

4

Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau hingga ia berbuih. Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya. Ketepikan.

Bahan tumis

1

Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan.

2

Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau. Tambahkan susu cair. Perasakan dengan garam dan gula.

3

Masukkan udang dan gaul mesra. Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam pinggan tuangkan floss telur tadi. Sedia di nikmati.