Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Sarang Lebah"


Tips

Boleh tambah kekadang kegemaran

Ingredients

Roti
Tepung High Protein 300g
Tepung Gandum 200g
Susu Tepung 2 tbsp
Madu 2 tbsp
Telur 1 biji
Susu Segar 250ml
Yis 6g
Gula 40g
Butter 40g
Baking Powder 1 tsp
Plain Yogurt 2 tbsp
Topping
Kuaci Matahari, Kuaci Labu, Bijan Hitam, Hirisan Badam Secukupnya
Karamel Sos
Gula Perang 1/2 cawan
Fresh Cream 1/2 cawan
Susu Segar 1/2 cawan
Garam Secubit
Butter 2 tbsp
Vanila Essen 1 tsp

Instructions

1

Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih

2

Letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,

3

Anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik 2x ganda.

4

Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya

5

Seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

6

Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

7

Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan,

8

Susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter.

9

Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dpt 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.

10

Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.

11

Sediakan glis telur iaitu campurkan telur dengan susu segar dan kocok sebentar.

12

Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.

13

Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Dan Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel.

Sos karamel

1

Cairkan butter.
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair.
Tuangkan krim, garam dan vanilla dan Kacau rata.

2

Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.