Back to Recipe Print

Recipe for "Makaroni Bakar Ala Johor"


Tips

makan begitu sahaja pun sedap

Ingredients

Makaroni Yang Belum Direbus Jenis Kecil, Rebus Hingga Lembut Dan Toskan 1 cawan
Sosej Ayamas, Didadu Kecil 2 batang
Baked Beans (Cap Ayam) 1 tin
Bawang Holland Saiz Sederhana, Dadu Kecil 1 biji
Bawang Putih, Cincang Halus 2 ulas
Cili Merah, Buang Biji Dan Dadu Kecil 1 biji
Cili Hijau, Buang Biji Dan Dadu Kecil 1 biji
Rempah Kurma (Baba's) 1/2 camca besar
Rempah Kari Daging (Baba's) 1/2 camca besar
Garam Secukup rasa
Minyak Zaitun 3 camca besar
Telur Gred A 4 biji
Susu Rendah Lemak 100 ml
Lada Hitam Yang Ditumbuk Halus 1/2 camca teh
Garam 1/4 camca teh
Parutan Keju Mozarella Secukupnya
Sos Cili Untuk Dimakan Bersama Makaroni Bakar Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak dalam kuali . Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap.

2

Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu.

3

Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.

4

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan).

5

Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.

6

Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh.

7

Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap.

8

Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak.

9

Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.