Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Masak Pedas Mudah"


Tips

Sebelum memasukkan sotong, boleh tambah garam, gula atau pes asam jawa sekiranya perlu. Jangan masak terlalu lama setelah memasukkan sotong untuk mengelakkan sotong menjadi keras.

Ingredients

Sotong 600gm
Cili Serbuk 1 paket kecil
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Pes Asam Jawa Adabi 1 sudu kecil
Minyak Sedikit
Air Sedikit

Instructions

1

Hiris halus bawang besar , ketuk bawang putih dan hiris halus.

2

Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang sehingga naik bau.

3

Masukkan cili serbuk dan sedikit air. Masukkan gula .

4

Kacau sebati dan masukkan pes asam jawa serta garam.

5

Biar sehingga pecah minyak dan cili tadi benar-benar pekat.

6

Kemudian masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan sotong masak.

7

Siap untuk dihidangkan.