Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Simple"


Tips

Letakkan sepotong buah tomato ke dalam sos cili untuk ada rasa masam

Ingredients

Ayam 1 ekor
Bawang Putih 1 setengah labu
Halia Sebesar ibu jari
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Beras 2 setengah cawan
Sos Tiram 1 sudu besar
Air 1 cawan
Daun Sup 1 batang
Bawang Besar 1/2 biji
Kicap Manis 5 sudu besar
Kicap Masin 5 sudu besar
Madu 1/2 sudu kecil
Butter 1/2 sudu kecil
Cili Merah 10 batang
Tomato 1/2 biji
Rempah Sup Setengah paket

Instructions

1

Ayam dibelah 2, bersihkan dan rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk, rebus hingga empuk.

2

Toskan ayam dan perap dengan kicap manis, kicap masin, sos tiram dan madu. Perap selama 15 minit. Goreng hingga garing.

3

Basuh beras dan toskan.panaskan butter,tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau masukkan air rebusan ayam dan garam.

4

Untuk sos, blendkan cili merah,bawang putih, halia dan tomato hingga hancur, selepas itu panaskan atas kuali dan tambah perasa gula dan garam.

5

Untuk sup air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup td,siap untuk hidangkan.