Back to Recipe Print

Recipe for "Dorayaki"


Tips

1. Buangkan lendir telur yang berwarna putih seperti tali.

2. Tengok permukaan dorayaki dah merah,terbalikkan.kerana ia cepat masak berbanding pancake.

Ingredients

Tepung Gandum (Ayak) 1 1/2 cawan
Baking Powder (Ayak) 1 sudu kecil
Gula 2/3 cawan
Telur Gred A 4 biji
Esen Vanila 1 sudu kecil
Air 1 sudu besar
Madu 2 sudu besar
Minyak - Gris Pan Secukupnya
Kaya / Nutella / Kacang Merah Secukupnya

Instructions

1

Pukul telur + madu + gula dan vanila sehingga berbuih dan sebati.

2

Ayakkan tepung dan baking powder dan masukkan ke dalam telur tadi. Kacau sebati dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

3

Keluarkan, dan masukkan air ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.

4

Panaskan pan dan griskan minyak. Tuangkan 1 senduk kecil adunan ke atas pan. Pastikan api kecil.

5

Apabila naik gelembung kecil, terbalikkan, dan masak dalam 30 saat lagi atau sehingga merah.Angkat dan sapukan inti pada dorayaki.

6

Ambil sekeping dorayaki kemudian sapukan inti dan letakkan dorayaki di atasnya. Macam buat burger.Sedia dihidang.