Back to Recipe Print

Recipe for "Tempe Goreng Kicap Bersama Soo Hun Dan Bilis"


Tips

Tambahkan lebih cili utk pedas. Dan bole gantikan air dengan perahan limau/ lemon utk lebih sedap.

Ingredients

Soo Hun 1 paket
Tempe 1 paket
Bilis 3 genggam
Cili Api 9 biji
Bawang Besar Sebiji
Garam Secukup rasa
Kicap Manis 3 senduk besar
Sos Tiram 3 sudu makan
Stok Ayam/ Kiub Pati Ayam 3 sudu makan/ 1 kiub
Minyak Masak 1 senduk besar

Instructions

1

Buka paket soo hun, basuh. Toskan air. Kemudian rendam soo hun di dalam bekas yg bersih sehingga kembang.

2

Tumbuk/ kisar bawang besar, cili api dan bilis bersama-sama sehingga sederhana hancur. Jangan terlalu hancur.

3

Buka paket tempe. Basuh & toskan airnya. Potong tempe mengikut citarasa anda sama ada secara kiub atau panjang.

4

Panaskan kuali. Tuangkan minyak. Biarkan minyak panas seketika.

5

Masukkan tempe yg telah di potong tadi. Goreng sehingga kekuningan.

6

Selepas tempe kekuningan. Ketepikan tempe tersebut. Masukkan bahan2 yg telah dikisar kemudian goreng sehingga naik bau.

7

Selepas bahan2 yg digoreng itu telah naik bau masukkan soo hun yg telah direndam sehingga kembang. Pastikan anda tos dulu soo hun itu.

8

Masukkan soo hun yg telah di tos. Kemudian gaul sebati bersama2 bahan yg di goreng tadi.

9

Masukkan kicap, garam, sos tiram, dan stok ayam/kiub pati ayam. Kemudian kacau hingga sebati bersama2 soo hun.

10

Jika bahan2 tadi kelihatan terlalu pekat boleh tambah kan sedikit air/ suku gelas kecil air.

11

Kemudian akhir sekali masukkan tempe yg telah di goreng pada awalnya. Gaul semuanya hingga sebati. Setelah cukup rasa boleh tutup api. Dan hidangkan.

12

Selamat mencuba.