Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Masak Stim"


Tips

Ikan yang segar dapat membuatkan masakan ini sungguh sedap. Sebelum ikan masak, anda boleh tambahkan bahan yang kurang seperti gula, garam dan air limau sekiranya perlu.

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Air Sekucupnya
Kiub Ayam 1
Serai 4-5 batang bergantung pada saiz
Bawang Holland Sebiji
Halia 4-5 hirisan
Bawang Putih 3-4 biji
Tomato Sebiji
Daun Sup Dan Daun Bawang Sedikit
Serbuk Lada Hitam Sedikit
Air Limau Purut Atau Lemon Secukup rasa
Garam Dan Gula Secukup rasa
Cendawan Tiram 200-250gm
Tiram Sos 2 sudu

Instructions

1

Ketukkan serai dan hiris halia besar dan nipis. Hiris bawang holland. Hiriskan juga bawang putih. Potong tomato kepada 4 bahagian.

2

Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam bekas untuk distim.

3

Lumurkan ikan dengan tiram sos dan lada hitam . Kemudian letakkan ikan di atas bahan tadi. Masukkan air mengikut kuantiti yang diinginkan.

4

Masukkan gula dan sedikit garam serta kiub ayam yang telah dilarutkan.

5

Mula stimkan ikan untuk 10 minit yang pertama. Kemudian masukkan cendawan.

6

Setelah hampir masak, masukkan pula tomato dan air limau. Stim sehingga ikan masak.

7

Kemudian masukkan daun sup dan bawang ke atas ikan. sedia untuk dimakan.