Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Polkadot"


Tips

Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Ingredients

Tepung Gandum 140g
Gula Halus 110g
Susu Cair 75g
Telur (A) 2 biji
Ovelette 1 tsp
Esen Vanila 1/2 tsp
Jem Kegemaran Secukupnya
Papercup Secukupnya
Pewarna Kegemaran Secukupnya

Instructions

1

Pukul telur,gula halus sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselangselikan dengan susu segar

2

Selepas itu,masukkan ovalette,perisa vanilla.putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

3

Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
Picit sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.

4

Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.

5

Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
Kukus 10-15 minit sehingga masak.