Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Peanut Butter"


Tips

Boleh dibuat mengikut kreativiti masing-masing sama ada menggunakan acuan atau tekan guna garfu sahaja.

Ingredients

Butter 125 gram
Gula Kastor 1/2 cawan
Gula Perang 1/2 cawan
Esen Vanilla 1/2 sudu kecil
Tepung Gandum 2 1/2 cawan
Telur 1 biji
Mentega Kacang 1/2 cawan
Garam 1/2 sudu kecil
Baking Powder 1 sudu kecil

Instructions

1

Panaskan oven suhu 180 C. Guna api bawah sahaja.

2

Putar butter, gula kastor, gula perang dan esen vanila hingga berkrim.

3

Tambahkan telur dan pukul lagi. Masukkan mentega kacang putar rata.

4

Masukkan tepung, baking soda dan garam yang diayak kedalam adunan butter tadi. Gaul sebati hingga jadi doh yang lembut.

5

Ambil doh dan bentukkan ikut pilihan. Susun dalam loyang yang dialas kertas minyak dan jarakkan antara satu 1 1/2 inci.

6

Bakar selama 12-15 minit hingga perang kemasan. Ikut oven masing-masing. Sejukan 2 minit atas loyang dan sejukkan sepenuhnya atas rak dawai.