Back to Recipe Print

Recipe for "Rava (Sooji) Uttapa - Indian Snacks"


Tips

Jika tidak ada yogurt, gunakan 1/2 cawan susu cair dan perahan jus lemon..Air perahan jus lemon jangan diletakkan terlalu banyak kerana ia akan mempengaruhi rasa masam pada uttapa. Memadai sehingga ia kelihatan pekat.

Ingredients

Bahan A
Tepung Suji 1/2 cawan
Tepung Beras 2 sudu besar
Soda Bicarbonat 1/2 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Air 1/2 cawan air
Yogurt (Natural) 1/2 cawan air
Bahan B
Serbuk Cili * 1 sudu kecil
Serbuk Ketumbar * 1 sudu kecil
Serbuk Jintan Putih * 1 sudu kecil
Daun Ketumbar Dicincang Halus Secukupnya
Cili Merah Dipotong Dadu Secukupnya

Instructions

1

Masukkan tepung suji, tepung beras,garam dan yogurt. Sebatikan. Kemudian masukkan air dan sebatikan.

2

Adunan tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat. Ketepikan selama 30 minit.

3

Campurkan semua bahan yg bertanda * dalam mangkuk kecil.Panaskan pan, letakkan sedikit minyak.

4

Kemudian ambik 1 senduk tuangkan atas pan.kemudian taburkan cili merah,daun ketumbar, bawang besar, & semua bahan * yang telah disebatikan tadi.

5

Tekan bahan2 yg ditabur tadi dgn sudu. Masak sehingga permukaan bawah jd kekuningan seperti permukaan pancake.

6

Dan terbalikkan ia dan masak selama 2 minit lagi. Jika minyak kurang,tambahkan sedikit minyak di tepi uttapa ketika memasak.

7

Sedia dihidang bersama kuah kari atau pun sos cili.