Back to Recipe Print

Recipe for "Organ Dalaman Kambing Masak Ungkep"


Tips

Pastikan direbus empuk

Ingredients

Organ Dalaman (Limpa,hati,etc) 1 kg
Kunyit 4 inch
Halia 4 inch
Lengkuas 2 inch
Serai 3 batang
Bawang Putih 10 ulas
Bawang Besar 4 biji
Jintan Kasar 1/2 cawan
Ketumbar 1/2 cawan
Santan 600ml
Air 300ml
Gula Dan Garam Secukupnya
Minyak Secukupnya

Instructions

1

Organ dalaman dicuci bersih dan direbus hingga empuk. Toskan, potong mengikut size kegemaran dan cuci dan toskan.

2

Kisar halus bawang putih, bawang merah, kunyit, halia, serai, lengkuas hingga halus.

3

Jintan dan ketumbar dikisar kering hingga separuh halus.

4

Panaskan Minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau. Masukkan organ dalaman tadi kacau kacau rata. Biarkan Sebentar.

5

Masukkan air dan santan, garam dan gula. Sekali sekala dikacau agar tak hangit. Biarkan hingga kering. Boleh juga jika mahu ada kuah.