Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Bakar Karamel Serai"


Tips

nota penting:
setiap kali bakar pada sesi yang baru,siramkan permukaan ayam dengan kuah perapan tadi untuk dapatkan warna yang cantik.
andaikata ayam belum masak sepenuhnya,bakar lagi sehingga masak.

Ingredients

Ayam 1/2 ekor
Bawang Putih 3 biji
Bawang Merah Kecil 5 biji
Bawang Besar 2 biji
Lada Hitam Kasar 1 sudu kecil
Serai 1 batang
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Sos Karamel 1 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Oregano 1 sudu kecil
Garam Dan Gula Secukupnya

Instructions

1

Kisar sehingga halus kesemua bahan kecuali ayam

2

Peram ayam dengan bahan kisar tadi selama semalaman atau paling kurang 4 jam

3

Kalau garam dengan gula korang nak tambah lagi,korang tambahlah. iaitu semasa proses pemerapan

4

Kemudian,bakar pada suhu 180 degree celsius untuk 40 minit pertama

5

Terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 40 minit

6

Terbalikkan ayam sekali lagi dan bakar sehingga 15 minit