Back to Recipe Print

Recipe for "Homemade Satay"


Tips

agak- agak penggunaan gula dan garam dalam resepi ni bergantung kepada kesesuaian selera anda.

Ingredients

Untuk Satay
Ayam 2 ekor ( dilapah, buang kulit dan dipotong dagingnya kecil - kecil)
Bawang Putih 3 bunjut (kisar)
Bawang Besar 6 biji (kisar)
Serai 15 batang (kisar)
Halia 2 inci (kisar)
Lengkuas 1/2 inci (kisar)
Asam Jawa 1/2 sudu besar
Serbuk Kunyit Secukupnya
Garam Secukupnya
Gula Secukupnya
Lidi Satay Secukupnya (anggaran 120 ke 150 batang lidi)
Untuk Serai Perapan: Diguna Sewaktu Memberus (Brushing Technique)
Minyak Masak 1 1/2 cawan
Serai 2 batang (dititik hujungnya)
Bahan Perapan Satay 1 cawan (ambil dari perapan satay selepas 3 jam satay diperap)

Instructions

Untuk Satay:

1

Isi ayam dibasuh dah ditoskan. Gaulkan dengan kesemua bahan kisar tadi

2

Masukkan serbuk kunyit, asam jawa, garam dan gula secukupkan. Cucukkan isi ayam perapan tersebut pada lidi satay dan perap selama 3 jam

Untuk Serai Perapan:

1

Campurkan minyak dengan bahan perapan satay tadi, rendamkan separuh serai ke dalamnya. siap digunakan sewaktu membakar

Untuk Membakar Satay

1

Bakar arang dan siapkan dapur pembakar satay. sekiranya tiada, boleh dipanggang dengan pemanggang jaib atau di dalam oven. (190 cel 15 min)

2

Susunkan satay atas dapur dan bakar sehingga masak. sesekali sapukan serai perapan tadi untuk mengelakkan daging dari terlalu kering sewaktu dibakar.