Back to Recipe Print

Recipe for "Tumis Kubis Dengan Udang"


Tips

boleh gantikan udang dengan seafood kegemaran anda atau isi ayam sekiranya anda alah dengan makanan laut.

Ingredients

Kubis 100m - 150gram *potong halus - halus
Lobak Merah 1 batang * hiris membulat dan halus
Udang (Sederhana Besar) 10 ekor *buang kepala, ekor dan belah belakangnya.
Bawang Putih 3 biji *dihiris halus
Bawang Besar 1 biji *dimayang
Cili Api 3 batang *diketuk
Minyak Masak Secukupnya untuk menumis
Air Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan sayuran dan udang. ketepikan

2

Di dalam kuali, panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. masukkan cili api dan biarkan sedikit layu.

3

Masukkan lobak dan udang dan goreng kilas sehingga sedikit layu

4

Masukkan kubis dan biarkan sedikit layu juga, barulah masukkan air yg secukupnya.

5

Biarkan mendidih sedikit dan serasikan garam serta gula mengikut suka. siap dihidang.