Back to Recipe Print

Recipe for "Park Choy With Mushroom Sauce"


Tips

Jangan rebus sayur hanya perlu celur sahaja. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah masin.

Ingredients

Sayur Pak Choy 6 pokok
Cendawan Butang 1 tin dihiris
Bawang Putih 3 ulas diketuk
Serbuk Lada Hitam 1 sudu besar
Sos Tiram 3-4 sudu besar
Kicap Pekat 1 sudu besar
Tepung Jagung 1-2 sudu besar dibancuh dengan 1 cawan air
Bawang Goreng 2 sudu besar
Minyak Untuk menumis
Air Untuk mencelur

Instructions

1

Cuci dan potong sikit sayur dibahagian hujung. Celur sayur dalam air panas selama 1 minit.

2

Kemudian toskan dan susun diatas pinggan.

3

Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

4

Masukkan sos tiram dan kicap pekat dan gaul sebentar.

5

Masukkan pula cendawan, lada hitam, air bancuhan tepung jagung.

6

Biarkan sos sehingga menjadi sedikit pekat. Sekiranya kering boleh tambahkan sedikit lagi air.

7

Tuangkan sos cendawan keatas sayur. Kemudian taburkan pula bawang goreng.

8

Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.