Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Tepung Bungkus Warisan Melayu"


Tips

Jangan bubuh garam telalu banyak (sekadar memberi rasa lemak sahaja)

Ingredients

Tepung Beras (Bahan A) 1 cawan
Santan (Bahan A) 2 cawan
Garam (Bahan A) 1/2 sudu besar (atau kurangkan)
Kelapa Parut (Bahan B) 1/2 biji
Gula Merah (Bahan B) 1/2 cawan
Gula (Bahan B) 1 sudu besar
Air (Bahan B) 1/2 cawan
Daun Pandan (Bahan B) 1 helai
Daun Pisang (Untuk Membalut) 1-2 pelepah

Instructions

BAHAN A:-

1

Bancuh @ sebatikan semua BAHAN A (tepung beras, santan, garam). Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

BAHAN B:-

1

Satukan semua BAHAN B dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu.

CARA MEMBALUT & MASAK:-

1

Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.

2

Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.

3

Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.