Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Tandoori"


Tips

1. Resepi asal menggunakan serbuk, saya takde jadi guna ketumbar, jintan manis & jintan putih biji. Saya tumbuk kasar kemudian baru masukkan dalam blender bersama semua bahan.
2. Resepi asal menggunakan lemon, saya tiada jadi saya gantikan dengan limau nipis.
3. Jika tidak mempunyai plain yogurt boleh gantikan dengan susu cair. Perahkan jus lemon/limau & biarkan selama 10min.

Ingredients

Ayam Dibelah 4 1 ekor
Serbuk Cili 1/2 sudu besar
Serbuk Kunyit 1/2 sudu besar
Ketumbar (Biji) 1/2 sudu kecil
Jintan Manis (Biji) 1/2 sudu kecil
Jintan Putih (Biji) 1/2 sudu kecil
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 7 ulas
Halia 2 cm
Buah Pelaga 1 biji
Daun Pudina 1/2 genggam
Limau Nipis 1 biji
Plain Yogurt 3/4 cawan
Margerin 1 sudu besar
Pewarna Merah 1 sudu kecil
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Basuh bersih ayam & ketepikan.

2

Masukkan semua bahan dalam blender & perahkan limau nipis. Kisar sebati.

3

Lumurkan ayam dengan bahan kisaran & perap. Lebih lama diperap lebih sedap.

4

Panaskan ketuhar suhu 180C & bakar ayam selama 1 jam. Semasa membakar balikkan ayam, sapu lebihan perapan & sudukan minyak ayam atas ayam.

5

Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan.