Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Arab Mandy"


Tips

boleh gantikan mentega dengan minyak sapi sekiranya anda sukakan rasanya

Ingredients

Untuk Ayam Bakar
Peha Ayam 6 - 7 ketul (bersihkan)
Rempah Nasi Arab Mandy 2 sudu besar
Garam Secukupnya
Bawang Putih 5 ulas *kisar
Bawang Merah 3 ulas *kisar
Untuk Nasi
Beras Basthmati 500gram (rendamkan selama 20 minit)
Bawang Putih 4 ulas *ketuk
Rempah Nasi Arab Mandy 3 - sudu besar
Mentega 2 sudu besar
Air 660ml
Kayu Manis 1 batang
Cengkih 1 sudu kecil
Bunga Lawang 1 sudu kecil
Lada Hijau 2 batang
Garam Secukupnya

Instructions

1

Perapkan ayam dengan bahan kisar dan rempah nasi arab mandy selama 20 min. kemudian bakar di dalam ketuhar selama 1 jam. terbalikkan setiap 30 minit.

2

Dalam periuk, panaskan mentega dan tumis kesemua bahan kecuali air dan rempah nasi arab.

3

Bila naik bau, masukkan rempah nasi arab dan air. biarkan mendidih kemudian masukkan beras dan lada hijau,.tanak nasi seperti biasa

4

Bila ayam dah masak dan nasi sudah tanak, siramkan jus ayam yang berlebih dari dulang pembakar ke atas nasi. serasikan garam pada nasi. siap dihidang.