Telur | 4 biji |
Sosej/ Isi Ayam / Daging Salai (Potong Dadu) | Ikut suka byk mana. lagi byk lagi sedap |
Daun Sup | 3 helai |
Cili Besar (Potong Dadu) | 1 tangkai |
Bawang Besar (Potong Dadu) | Sebiji |
Mayonis / Keju Parmesan | 2 sudu |
Garam | Secukup rasa |
Serbuk Lada Sulah / Serbuk Lada Hitam | 1 sudu kecil |
Sediakan bahan2 selain telur untuk dipotong dadu.
Pukul telur sehingga kembang. ( pakai handwhisk pun takpe)
Masukkan bahan2 yang potong dadu ke dalam mangkuk dan gaul sebati bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam.
Selepas2 bahan tadi digaul sebati. Masukkan ke dalam dulang muffin yang telah digris dengan mentega. (Pastikan ia tidak terlalu penuh)
Tuangkan telur yg telah dipukul tadi 1 persatu kedlm dulang muffin tersebut. (Cukup sekadar memenuhi ruang dulang tersebut & elakkan hingga melimpah)
Masukkan kedalam oven dan bakar dalam masa 5- 10 minit.
Angkat dan hidangkan! :)