Masalah Nasi Mentah

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Hafizah Binti Hisham
Description

Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh diatasi. Caranya ialah isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas (jangan guna mangkuk plastik, kemek nanti). Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kaedah ini seperti mengukus kerana stim daripada air panas tersebut akan memasak bahagian nasi yang mentah.


Follow and Like Us

in social media