Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih. Selamat mencuba.