Kadang2 kita tak perasan yang kita tak tutup bekasnya/plastik dgn betul membuatkan ia boleh masuk angin n seterusnya jd tak rangup.. cara untuk merangupkannya kembalu sangat muadah iaitu memasukkan...
Cara untuk memudahkan sisik ikan ditanggalkan ialah dengan merendamkan ikan di dalam air selama beberapa minit. Kemudian, kikiskan sisik ikan di dalam air tersebut.
Bau hanyir ikan dapat diatasi dengan merendamkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam air basuhan beras selama beberapa minit sebelum dicuci semula dengan air.
Bagi memastikan udang kekal segar, perahkan air asam limau nipis ke atas udang tersebut sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Bagi menghilangkan kehitaman pada minyak gorengan, disyorkan untuk memasukkan beberapa keping asam keping ke dalam bahan gorengan. Asam keping dipercayai mampu menyerap kehitaman pada minyak gorengan...
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan spagetti berkenaan.
Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang sedang dimasak contohnya sup daging atau sup tulang. InshaAllah petua ini menjadi..
Rendamkan taugeh di dalam air. Masukkan hirisan limau nipis ke dalam rendam taugeh seketikan sebelum di masak.
Hiris limau nipis dan susun di tempat simpanan ikan,ayam dan daging.Insyaallah peti anda tidak akan berbau hanyir lagi.
Rebus kacang hijau sehingga mendidih. Masukkan baking powder dan rebus sehingga lembut. Kacang hijau anda pasti cepat empuk.
Masukkan air mendidih ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan badam. Rendam seketika. Kupaslah badam tersenut. Anda pasti merasakan ia mudah dikupas. Selamat Mencuba !
Basuh 2 atau 3 keping asam jawa. Masukkan ke dalam bekas pengisar. Kisar dengan sedikit air. Anda tidak perlu membasuhnya dengan sabun. Insyaallah bau pengisar anda akan terasa seperti baru dibeli.
Masukkan air ke dalam mangkuk dan masukkan garam. Kupas bawang dan rendam di dalam air tadi selama 15 minit. Hiris bawang tersebut dan goreng di dalam minyak yang panas. Masukkan asam gelugur. Kacau r...
Masukkan sedikit gula ke dalam air.Kacau sehingga larut. Siram sawi tadi dengan air gula.Tidak perlu dibilas dengan air paip. Bungkus dengan surat khabar dan simpan di dalam peti seju.k,Apabila hendak...
Bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Kemudian sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu. Dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, barulah dibilas semula.
Untuk mengelakkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berbau,letakkan 5-6 helai daun pandan di tempat anda mengeringkan pinggan mangkuk yang baru dicuci. Hasilnya pinggang mangkuk anda tidak berbau hapa...
Bagi mereka yang gemar memakan burung merpati, boleh cuba petua ini. Ambil sebiji betik muda yang telah dibuang kulitnya dan rebus bersama burung merpati sehingga beberapa jam. Apabila burung merpati...
Pastikan cili kering dipotong halus- halus sebelum direbus.Ketika hendak mengisar cili tersebut hendaklah dicampur dengan sedikit minyak Dan kisar.
beras dapat mengurang bau petai selepas memakan hidangan petai.
ais terkenal dengan sifat memelihara kesegaran.