Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Stim"


Tips

Saya suka berkuah jadi saya tambahkan 1/2 cawan air.
Resepi asal menggunakan sos ikan & daun ketumbar. Saya tiada jadi saya tambahkan garam & gantikan dengan daun sup sahaja. Namun begitu rasanya tetap sedap.

Ingredients

Sotong Sederhana Besar 5 ekor
*serai 2 batang
*bawang Merah 2 ulas
*bawang Putih 1 ulas
*halia 1 cm
*cilipadi Merah 1 biji
*cilipadi Hijau 1 biji
Daun Sup Dipotong 2 Cm Secekak
Limau Kasturi Perah & Ambil Airnya 3 biji
Tomato Belah 8 1 biji
Air 1/2 cawan
Garam & Perasa Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan sotong & potong sotong tidak putus. Susunkan dalam loyang.

2

Mayang bahan bertanda * dan tabur atas susunan sotong. Taburkan juga batang & daun sup serta tomato.

3

Dalam mangkuk berasingan satukan jus limau kasturi, garam, perasa & air. Kacau sebati. Tuangkan dalam loyang.

4

Masukkan loyang berisi sotong dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus selama 20min.

5

Keluarkan dari pengukus, susun dalam pinggan hidangan. Hias dengan daun sup & hirisan limau kasturi. Sedia dihidang.