Back to Recipe Print

Recipe for "Salmon Gril Dengan Sos Holaindes"


Tips

Pastikan penggunaan api yang kecil ketika membuat double boil kerana api yang besar boleh menjadikan adunan sos menjadi telur hancur.

Pelbagaikan lagi penggunaan salad dan bahan-bahan dlm hidangan ini. Boleh tambahkan hirisan timun jepun, bawang kuning, capsicum dan mangga masak!

Ingredients

Ikan Salmon Sekeping
Salad Roket Segengam
Strawberi 3 biji
Tomato Kecil 3 biji
Garam Secukup rasa
Lada Hitam Secukup rasa
Kuning Telur 2 biji
Minyak Zaitun 3 sudu besar
Lemon 1 sudu besar
Herba Dil Sedikit (optional)

Instructions

1

Perasakan kepingan ikan salmon dengan sedikit garam dan lada hitam. Tambahkan sedikit herba dil segar jika suka.

2

Masukkan telur kuning, minyak zaitun dan perahan air lemon ke dalam satu bekas. Perasakan dengam sedikit garam dan lada hitam.Kacau rata.

3

Masukkan air mendidih ke dalam periuk. Sos holaindes hendaklah dimasak secara double boil.

4

Ketika memasak sos ini adunan hendaklah dikacau selalu sehingga dapat tekstur berkrim. Bila sos siap dimasak alihkan daripada periuk tersebut.

5

Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak zaitun.

6

Masak ikan salmon dengan kulit ikan diletakkan di atas kuali dahulu sehingga garing.

7

Balikkan ikan salmon dan masak selama 2 minit bagi setiap bahagian.

8

Campurkan minyak zaitun, lebihan perahan lemon dengan sedikit garam dan lada hitam. Kacau rata dan rasa adunan ini sehingga dpt rasa yg seimbang.

9

Campur adunan minyak zaitun dan perahan lemon ini pada salad roket, tomato dan strawberi. Sedia untuk dihidangkan.

10

Letakkan salad, ikan salmon yang digril dan sos holaindes di pinggan. Taburkan cili flakes jika suka. Siap!