Back to Recipe Print

Recipe for "Paprik Ayam"


Tips

1. Tidak perlu ditambah garam kerana pes tomyam sudah secukup rasa.
2. Jika suka lebih pedas, lebihkan cilipadi. Jika suka lebih kuah tambahkan air.

Ingredients

Isi Ayam 1 mangkuk kecil
Bawang Putih Diketuk 3 ulas
Serai Diketuk 1 batang
Cilipadi Diketuk 2 biji
Daun Limau Purut Dikoyak 3 helai
Pes Tomyam 2 sudu besar
Air 1 cawan
Garam & Gula Jika perlu
Sos Tiram 1 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Lobak Merah Potong Ikut Kesukaan 1/3 batang
Baby Corn Potong Ikut Kesukaan 3 batang
Kacang Buncis Potong Ikut Kesukaan 5 batang
Bunga Kobis Potong Kecil 1 mangkuk kecil
Bawang Besar Dihiris 1 labu

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bawang putih & serai. Apabila berbau wangi masukkan pes tomyam & air. Kacau hingga pes larut.

2

Masukkan daun limau purut & cilipadi. Masak hingga mendidih.

3

Masukkan ayam & kacau sebati. Masak hingga ayam kecut.

4

Masukkan sos tiram & kicap. Kacau & rasakan. Jika kurang masin tambahkan garam.

5

Masukkan lobak merah dahulu & masak hingga empuk. Masukkan sayuran lain & gaul sekata.

6

Tutup api & hidangkan bersama gandingan serasi, telur dadar.