Back to Recipe Print

Recipe for "Homemade Murtabak Simple"


Tips

-inti boleh dipelbagaikan sama ada gunakan ayam, udang atau sayuran sahaja.

Ingredients

Kulit Popia 10-20 helai
Daging Burger (Dadu) 4 keping
Kentang Besar (Dadu) 2 biji
Carrot (Dadu) 1/2 batang
Cili Blend (Bawang Besar,bawang Putih & Cili Kering Diblend Halus) 3 sudu besar
Serbuk Kari Daging 5 sudu
Air 1/2 cawan
Sos Cili 2 sudu
Sos Tiram 2 sudu
Garam, Gula, Serbuk Perasa Secukup rasa
Daun Sup (Hiris Halus) 3 tangkai
Bawang Besar (Dadu Halus) Sebiji
Telur 4 biji
Minyak Masak Secukupnya

Instructions

1

Panaskan kuali. Goreng daging burger sampai keluar minyak. Masukkan cili blend & serbuk kari. Kacau rata.

2

Masukkan kentang, air & carrot. Kacau sampai mendidih. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,sos cili & sos tiram. Kacau sebati.

3

Masukkan bwg hiris, kacau & kecikkan api. Tutup kuali. Biar sampai kering n kentang empuk.

4

Bila dah masak, masukkan daun sup,tutup api & kacau. Sejukkan inti.

5

Panaskan kuali leper,api kecik. Masukkan sesudu minyak. Pukul telur di dalam mangkuk dan sediakan inti.

6

Campur telur secukupnya & inti,gaul. Bentang kulit popia atas piring. Letak inti tgh2, lipat 4.

7

Angkat perlahan, letak atas kuali (bhg lipatan kat bawah). Goreng sampai garing. Ulang sampai habis.

8

Bila nak goreng, baru buat murtabak tu. Jgn lipat banyak2, baru goreng. Nnt tak jadi.

9

Sedap dimakan dgn bawang cuka (Campurkan 1/2 biji bwg hiris + 2 sudu cuka + 1 sudu gula + beberapa titik sirap ros + secubit garam. Kacau.)