Back to Recipe Print

Recipe for "Grilled Sweet Corn"


Tips

1. Jangan buang semua daun jagung ketika merebus. Tinggalkan daun yg nipis pada jagung supaya jagung lebih manis.
2. Jika tidak mahu merebus jagung, gril jagung lebih lama supaya jagung betul2 masak.
3. Jagung dipotong supaya muat pan. Jika suka boleh masukkan 1 batang jagung tanpa dipotong.

Ingredients

Jagung 4 batang
Butter 50gm
Susu Pekat Manis 2 sb
Susu Cair 3 sb
Lada Hitam Kasar 3 cubit
Serbuk Lada Putih 3 cubit

Instructions

1

Rebus jagung selama 5-7 minit & toskan air. Buang kulit & bulu jagung & potong jagung kepada 4 bahagian.

2

Panaskan non stick pan & susun jagung. Gril jagung hingga ada kesan hitam. Golekkan jagung supaya keseluruhan jagung digril.

3

Keluarkan jagung & masukkan semua bahan diatas dlm pan. Kacau hingga butter cair.

4

Masukkan semula jagung & biarkan selama 1 minit sebelum digolekkan supaya bahan dapat menyerap ke dalam jagung.

5

Lakukan hingga keseluruhan jagung diselaputi dgn campuran butter.

6

Angkat jagung ke dalam pinggan & tuangkan baki campuran butter diatasnya. Hidangkan panas2.