Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kerang & Nenas"


Tips

1. Cara membasuh kerang - masukkan kerang dalam besen plastik. Masukkan air sama paras dgn kerang. Letakkan tapak tangan atas kerang & pusing beberapa pusingan. Tukar air & ulang langkah hingga air jernih. Kerang yg bersentuhan sesama sendiri akan membuatkan selut yg melekat pada cengkerang akan tanggal.
2. Jangan guna periuk ketika membersih kerang kerana akan menghasilkan bunyi yg sangat bising.

Ingredients

Kerang 1 kg
Nenas Size Sederhana 1 biji
Rempah Kari Ikan 2 1/2 sb
Santan Pekat 1/2 cawan
Air Rebusan Kerang 1/2 cawan
Air 1 cawan
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Tumis
Bawang Merah Dihiris 2 ulas
Bawang Putih Dihiris 1 ulas
Halba Campur 1/2 sk
Daun Kari 1 tangkai

Instructions

1

Bersihkan kerang & rebus. Toskan air & biarkan suam. Asingkan isinya. Ketepikan.

2

Kupas buah nenas & hiris nipis isi buah nenas. Ketepikan.

3

Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga garing. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

4

Masukkan santan pekat, air rebusan kerang & air. Masukkan buah nenas. Biarkan mendidih.

5

Perasakan dengan garam & gula secukup rasa.

6

Masukkan isi kerang & biarkan mendidih lagi. Tutup api & bolehlah dihidangkan.