Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Inti"


Tips

1. Semasa mengukus pulut, saya masukkan pulut dalam penapis supaya pulut tidak jatuh melalui lubang periuk kukus. Boleh juga lapik lubang dengan daun pandan atau daun pisang. Tp saya buat cara mudah.
2. Jika tidak habis, inti kelapa boleh dijadikan inti ketayap. Cuma tambahkan sedikit tepung gandum supaya inti pejal.

Ingredients

Bahan Untuk Pulut
Pulut 3 cawan
Santan Pekat 1 cawan
Air 1/2 cawan
Gula 2sb
Garam 1sk
Daun Pandan Disimpul 2 helai
Bahan Inti Kelapa
Gula Merah 1 1/2 cawan
Gula Pasir 4 sb
Garam 1 sk
Air 1/2 cawan
Kelapa Parut 4 cawan
Daun Pandan Disimpul 2 helai

Instructions

Cara menyediakan pulut

1

Rendam pulut dalam air selama 3 jam. Toskan air & bersihkan pulut.

2

Panaskan pengukus. Masukkan pulut & daun pandan dalam penapis & kukus selama 20 minit.

3

Satukan santan, air, gula & garam. Kacau supaya gula & garam larut.

4

Keluarkan pulut & masukkan dalam besen besar supaya mudah dikacau. Tuangkan santan & gaul rata. Tidak perlu habiskan santan jika pulut sudah lembut.

5

Masukkan dlm loyang kesukaan & kukus lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.

Cara menyediakan inti kelapa

1

Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, air & daun pandan dalam kuali@periuk. Buka api & kacau hingga gula larut.

2

Kacau hingga sedikit pekat & masukkan kelapa parut. Kacau hingga semua kelapa berwarna coklat. Tutup api & biarkan sejuk@suam sebelum dihidangkan.

3

Potong pulut & hidangkan bersama inti kelapa.

4

Boleh juga dihidangkan bersama serunding ikan bilis atau ayam/daging.