Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Sotong Buncis"


Tips

1. Tak perlu masukkan banyak air kerana sotong akan merembeskab airnya apabila dimasak. Kuah akan cair jika masuk banyak air.
2. Untuk gulai sotong, udang & ketam tak perlu masukkan air asam jawa. Kecuali gulai ikan wajib masukkan air asam jawa.

Ingredients

Sotong Sederhana Besar 5 ekor
Kacang Buncis 10 batang
Serbuk Kari Ikan 4 sb
Santan Pekat 3/4 cawan
Air 1/2 cawan
Garam Secukup rasa
Bahan Tumis
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halba Campur 1 sk
Daun Kari 1 tangkai

Instructions

1

Bersihkan sotong & potong sotong ikut kesukaan. Potong kacang bendi & ketepikan.

2

Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih, halba campur & daun kari hingga garing.

3

Masukkan rempah kari yang telah dikacau dgn sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

4

Masukkan santan pekat & air. Kacau & biarkan mendidih.

5

Masukkan sotong & kacang buncis. Biarkan mendidih lagi.

6

Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api & bolehlah dihidangkan.