Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Basong Masak Asam Kunyit Goreng"


Tips

Untuk lebih sedap, saya selalu tambahkan hirisan bawang merah mentah dalam resepi ini.

Ingredients

Ikan Basong 1/2 kg
Air Asam Jawa 250 ml
Kunyit 1 sudu
Serai 2 batang
Bawang Merah 3 ulas
Minyak Secukupnya
Garam Secukupnya

Instructions

1

Siang ikan tersebut. Kemudian masukkan ke dalam periuk.

2

Masukkan air asam Jawa, serbuk kunyit dan serai (dititik). Gaulkan hingga sebati.

3

Tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah yang anda ingini. Masukkan garam dan gaul hingga sebati.

4

Masak hingga kuah menggelegak. Kemudian, angkat ikan dan letakkan sementara di atas pinggan.

5

Panaskan minyak untuk mula menumis ikan tersebut. Tambahkan sedikit kuah ikan semasa menumis. Tumis sehingga warna bertukar menjadi coklat muda.

6

Kemudian, angkat dan hidangkan bersama hirisan bawang merah mentah.