Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Ikan Gelama Masam"


Tips

Hati-hati ketika memasukkan garam kerana ikan gelama sudah sedia masin.

Ingredients

Nasi Putih Sejuk 3 mangkuk
Ikan Gelama Masam 1 ekor
Cilipadi 5 biji
Cili Merah 1 biji
Belacan 2 cm
Kailan 1 pokok
Telur 2 biji
Garam & Perasa Secukup rasa

Instructions

1

Goreng ikan gelama masam, toskan minyak & biarkan suam. Carik2 isi ikan & ketepikan.

2

Tumbuk cili merah, cilipadi, bawang merah & belacan. Bawang putih hanya diketuk separuh hancur.

3

Menggunakan minyak gorengan ikan gelama, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk.

4

Masukkan sedikit air dalam lesung batu & masukkan dalam kuali. Masukkan garam & perasa (jika guna) & masak hingga kering.

5

Pecahkan telur & biarkan seketika sebelum dikacau hingga telur hancur.

6

Masukkan nasi sejuk yg telah dileraikan & kacau sebati. Masukkan sayur kailan & kacau hingga sayur layu.

7

Masukkan isi ikan gelama & kacau sebati. Tutup api & bolehlah dihidangkan.