Spageti | 300 gram |
Daging Ayam | 400 gram |
Santan | 200 ml |
Serai | 3 batang |
Kunyit | 1/2 inci |
Cili Padi | 10 tangkai |
Cili Merah | 7 biji |
Bawang Besar | 3 biji |
Bawang Putih | 6 biji |
Air | 500 ml |
Serai, kunyit, bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah hendaklah dikisar bersama-sama sehingga menghasilkan pes.
Didihkan air ke dalam periuk untuk merebus spageti. Rebus spageti sehingga menjadi el-dente atau sehingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing. Pastikan tumisan tersebut benar-benar garing untuk menghasilkan kuah yang pekat.
Setelah garing, masukkan ketulan daging ayam dan gaul rata bersama tumisan. Ini bertujuan ayam dapat menyerap rasa tumisan pes tersebut.
Kemudian, masukkan santan serta air. Perlahankan api kerana santan akan menerbitkan minyak. Kacau sehingga sebati.
Setelah menggelegak dan yakin benar-benar masak, masukkan garam serta penambah perasa. Tutup api, kemudian sedia untuk dihidang.