Back to Recipe Print

Recipe for "Dim Sum (Steam) Homemade"


Tips

Anda juga boleh menggantikan Sosej Dan gegelung ikan panggang dengan makanan seafood seperti udang ataupun isi ketam.

Ingredients

Wantan Pastry (Beli Dekat Supermarket) 30 keping
Isi Dim Sum
Sosej 6 batang
Kentang 3 biji
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Maggi Cukup Rasa Secukupnya
Tepung Gandum Sedikit
Gegelung Ikan Panggang (Packet) 6 batang
Kuah
Serai 1 batang
Pati Ayam 1 kiub
Bawang Putih 3 ulas
Kicap Manis 3-4 sudu
Air Secukupnya
Minyak Masak Secukupnya

Instructions

1

Kisar sosej, kentang, bawang merah & putih, serbuk lada Hiram, Maggi Cukup Rasa dan gegelung ikan panggang. Seterusnya tambahkan sedikit tepung gandum

2

Tambahkan sedikit tepung supaya Kisar tadi tidak terlampau cair. Gaul hingga sebati.

3

Kemudian, ambil wantan pastry letakkan satu sudu bahan kisar tadi di tengah - tengah nya. Jadikan seperti bentuk gambar di atas.

4

Semasa mengisi wantan dengan bahan kisar jerang dahulu air dalam kukusan.

5

Setelah semua sudah diisi dengan bahan Kisar, susun di atas kukusan untuk mengukusnya. Kukus dalam 10-15 minit.

6

Setelah siap dikukus, kukus lagi dim sum yang selebihnya sehingga semuanya habis.

Kuah Dim Sum

1

Jerang air secukupnya. Kemudian, tambahkan serai yang dititik,kiub pati ayam & Kicap manis. Gaul sehingga sebati.

2

Masak sehingga kuah menggelegak. Matikan tapi.

3

Panaskan sedikit minyak, untuk menggoreng Bawang putih yang dicincang-cincang.

4

Kemudian, Masukkan Bawang putih yang telah di goreng tadi bersama minyaknya ke dalam kuah tadi. Gaul hingga sebati.

5

Hidangkan dim sum bersama kuah ini. Selamat mencuba.