Back to Recipe Print

Recipe for "Karipap Pusing"


Tips

Boleh is telur rebus juga jika mahu

Ingredients

Bahan Kulit A
Tepung Gandum 350gm
Air Suam 1 cawan
Garam Sedikit
Bahan Kulit B
Tepung Gandum 150g
Lemak Spry ( Crisco) 1 tsp
Marjerin Ikut lembut doh
Inti
Isi Ayam Dicincang 1 cawan
Bawnag Besar 1 biji
Bawnag Putih 2 ulas
Kentang Dadu 500g
Rempah Kari 1 tbsp
Air 1 cawan
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Daun Kari 1 tangkai

Instructions

1

Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2

Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3

Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4

Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi.

5

Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.

6

Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

7

Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas.

8

Tekan kuat sikit dengan hujung jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

9

Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Cara membuat inti

1

Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.

2

Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.

3

Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.

4

Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.

5

Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.