Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Nasi"


Tips

Nasi yang sedikit kalau nak buat sayang boleh dibuat jemput/cokodok nasi daripada membazir.
Garam tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah masin.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Nasi 1 cawan
Lobak Merah (Dipotong Kiub) Setengah batang
Kentang (Dipotong Kiub) 1 biji
Daun Ketumbar (Dihiris) 2 pelepah
Air 2 cawan
Ikan Bilis 20 ekor
Bawang Besar 1/2 biji
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Nasi, bawang besar dan ikan bilis dikisar (blend) campur air (ikut kepekatan).

2

Dalam bekas, masukkan bahan kisar, lobak merah, kentang, daun ketumbar dan tepung. Gaul sebati (lihat kepekatan, jika terlalu pekat tambah air, garam).

3

Kaup balik sehingga betul-betul sebati.

4

Panaskan minyak penuh dan boleh digoreng.