Back to Recipe Print

Recipe for "Milidi Goreng Simple"


Tips

Boleh dimasak dengan perencah kesukaan anda, rencah saya buat tidak pedas kerana anak mahu bawa bekal ke sekolah. Jika suka boleh masukkan sedikit kicap manis sebagai penambah rasa dan warna.

Ingredients

Milidi 1 bungkus
Bawang Merah * 2 biji
Bawang Putih* 2 ulas
Udang Kering* 1 paket kecil
Telur 1 biji
Cili Kisar 2 sudu besar
Garam/perasa Secukup rasa
Minyak 1 senduk kecil
Air Untuk Merebus Milidi Secukupnya

Instructions

1

Rebus milidi mengikut arahan pada paket. Ketepikan

2

Kisar bahan bertanda *

3

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau

4

Masukkan cili kisar,tumis hingga pecah minyak

5

Masukkan milidi, kacau rata supaya rencah menyaluti milidi

6

Masukkan garam/perasa. Sesuaikan rasa,kacau-kacau dalam 2minit

7

Pecahkan telur ke dalam kuali yang berisi milidi,biarkan telur keras sedikit baru kacau supaya telur hancur menyaluti milidi.

8

Kacau rata bila lihat telur sudah hancur dan masak sudah boleh dihidangkan panas.