Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Lambuk Terengganu"


Tips

- Sentiasa kacau untuk elakkan bubur hangit di bahagian bawah.
- Kalau bubur terlampau kering, tambahkan air.
- Boleh dicampur dengan pucuk2 kayu yang lain lagi tetapi wajib ada pucuk paku merah untuk rasa yang sedap.
- Gunakan ikan bilis segar.
- Apabila makan boleh lagi ditambah budu untuk rasa yang lagi sedap.
- Boleh ditambah santan untuk rasa lemak tapi saya tak berapa suka kalau diletak santan sebab bubur jadi cepat basi.
- Kalau mahu rasa pedas, boleh tambah lagi lada hitam.
- Boleh juga ditambah ubi keledek/lobak merah untuk rasa manis.

Ingredients

Beras 3 pot/cawan
Ikan Selayang 4 ekor
Sayur Pucuk Paku Merah 2 ikat
Daun Kesum 1 ikat
Ikan Bilis Segenggam
Lada Hitam 2 sudu besar
Kerisik 3 sudu besar
Budu @ Sos Bilis 1 senduk
Bawang Merah Kecil 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Halia 2 inci
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Basuh beras. Masak beras yang dicampur bilis, bawang merah, bwg putih dan halia yang dihiris halus sehingga jadi bubur / kembang. kacau seketika.

2

Rebus ikan selayang sehingga masak. Selepas itu tumbuk halus.
Tumbuk halus lada hitam.
Bersihkan pucuk paku merah dan daun kesum.

3

Masukkan isi ikan, lada hitam kedalam bubur, kacau dan biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan kerisik kacau dan biarkan seketika.

4

Masukkan pucuk paku merah dan daun kesum kacau dan biarkan sehingga pucuk paku merah dan daun kesum masak sepenuhnya.

5

Masukkan budu, garam secukup rasa.