Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Patin Goreng Tepung Masak Masam Manis"


Tips

Tepung ubi jangan banyak, takut terlampau keras.

Ingredients

Ikan Patin 1 ekor
Tepung Gandum 1 cawan
Tepung Ubi 1 sudu
Tepung Pulut 1 sudu
Sos Cili 2 senduk
Sos Tomato 2 senduk
Bawang Holland 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Telur 2 biji
Garam Secukup rasa
Minyak Untuk goreng dan tumis
Air Sedikit (setengah senduk)

Instructions

1

Siang Ikan dan Bersihkan. Fillet Ikan patin untuk ambil isi sahaja. Potong petak-petak . Keringkan isi ikan dengan tisu dapur.

2

Campurkan tepung pulut, ubi dan gandum dalam satu bekas dan kacau sebati. Masukkan secubit garam.

3

Pecahkan telur dan masukkan dalam satu bekas kemudian kacau.

4

Panaskan minyak guna api sederhana kecil untuk elakkan ikan cepat hangit dan tidak masak.

5

Bila minyak sudah panas, celupkan isi ikan dalam telur, kemudian golekkan ikan atas tepung. Setelah Ikan disaluti tepung, masukkan dalam minyak.

6

Ulang langkah 5 sehingga isi ikan habis. balik-balikkan ikan dalam kuali supaya masak sekata.

7

Setelah masak/ikan kekuningan, angkat dan toskan ikan supaya tiada lebihan minyak melekat.

8

Untuk kuah:
Hiris bawang hollang, ketuk bawang putih. Kemudian tumis bawang dalam kuali guna minyak satu sudu sahaja.

9

Apabila bawang kekuningan, masukkan sos tomato dan cili. tambah sedikit air. Masak sehingga sos pekat.

10

Boleh tambahkan lobak merah dan timun batang dihiris halus untuk lagi sedap. Dalam resipi diatas, saya tak letak sebab tiada lobak dengan timun.

11

Setelah sos masak, tuangkan sos diatas ikan yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang dan makan.